2012/11/21

PERTANDINGAN MEMANCING SERONOK-SERONOK 2012 SEMPENA KARNIVAL PANTAI PULAU PINANG



TIADA YURAN PENDAFTARAN !
PERCUMA UNTUK SEMUA !


Hadiah Yang Bakal Dimenangi

Pertama            : RM 300.00 Tunai
Kedua               : RM 200.00 Tunai
Ketiga               : RM 100.00 Tunai

...dan pelbagai hadiah menarik untuk cabutan bertuah!!!

Syarat dan Peraturan Pertandingan

§  Semua peserta hendaklah berada di Persisiran Pantai Hotel Golden Sands Resort dari jam 8:00 hingga 9.00 pagi pada 25-11-2012 untuk mendaftarkan diri (Registration). Tidak perlu mengisi borang pendaftaran

§  Pertandingan akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1:00 ptg.

§  Hanya kaedah pancingan dasar (“Bottom Fishing”) dibenarkan. Pelampung, “Casting”, dan kaedah lain tidak dibenarkan dalam pertandingan. Ikan yang ditangkap oleh orang lain selain daripada peserta sendiri tidak layak untuk dipertandingkan. Penggunaan jala/pukat tidak dibenarkan untuk apa-apa tujuan sama sekali.

§  Hadiah adalah berdasarkan ikan yang terberat ditangkap. Peserta yang ingin menimbang berat ikan mereka harus memastikan bahawa mata kail masih berada di mulut ikan,  ikannya masih bernyawa dan membawa sekali joran yang digunakan ketika sessi penimbangan dilakukan oleh marshall pertandingan. Semua tangkapan hendaklah didaftarkan ditempat menimbang.



(Dianjurkan bersama oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Memancing Pulau Pinang)